Masa penyediaan : 20 minit
Masa memasak : 10 minit
Saiz hidangan : 8 -10
Tip chef : Agar-agar boleh diganti dengan cincau.
Bahan-bahan:
- 500ml air
- 100g gula
- 1/2 sudu kecil esen badam
- 1/2 paket serbuk agar-agar (5g)
- Setitik pewarna makanan hijau, merah dan juga kuning
- 1 tin laici
- 1 tin susu sejat krim Marigold, disejukkan
- 1 tin krimer manis Marigold
- Campurkan air, gula, esen badam dan serbuk agar-agar dalam periuk. Biarkan mendidih dan kacau sehingga gula larut. Tuangkan ke dalam tiga buah mangkuk dan masukkan setitik pewarna hijau, merah dan kuning ke dalam setiap mangkuk itu. Kacau agar-agar supaya warna serata dan biarkan mengeras. Sejukkannya di dalam peti sejuk.
- Potong agar-agar menjadi kiub kecil (cukup kecil supaya boleh melalui straw). Campurkan kesemua agar-agar.
- Semasa menghidang, cedukkan 2 sudu besar krimer manis marigold ke dalam gelas, masukkan 2 sudu besar kiub agar-agar dan 3 biji laici dan akhirnya tuangkan 50ml susu sejat penuh krim marigold, 100ml air dan sedikit ketulan ais.


No comments:
Post a Comment